Aku mengandung anak ketujuh,aku menangis melihat urin test yang aku suruh jiran ahmoi aku beli aku kira bila last peri0d

Aku ada hantar confession ni di IIUMC juga. Taktau la kalau diapprove. Tapi aku nak sebar cerita aku sebanyak boleh. So aku dapat nasihat, doa dan dapat sedarkan kaum adam luar sana jangan hanya tau bagi sp3rma je. Aku nak buat confession mengenai sesuatu yang aku lakukan 3 tahun lepas.

Aku tau aku akan dikecam, mungkin ada insan baik hati yang akan bagi kata nasihat, ada insan yang kesian akan doakan yang baik2. tapi aku redha kalau dikecam. Sebab apa aku dah buat memang berdosa tapi aku terpaksa. Confession aku buat sebab viral ada sorang cakap anak ramai bukti kelakian dan kesuburan wanita.

Aku buat perkenalan dulu supaya kalian dapat menghakimi aku secara keseluruhan. Aku sorang wanita berumur pertengahan 30 an dan beranak 6. aku dah masuk 8 tahun kahwin. Maksudnya aku beranak 1 tahun sekali. Dulu aku kerja. Gaji boleh tahan la. Aku dulu sekolah asrama, belajar sampai degree. Dapat anak kedua, suami aku suruh aku berhenti kerja jaga anak. Sebab bayaran pengasuh mahal, katanya.

Dia suruh duduk rumah, jaga susukan anak, banyak dapat jimat duit. Dia mampu. Dia janji akan bagi aku nafkah, apa saja aku nak. Awal2 memang dia tunaikan janji. Masuk anak keempat, janji mula dilupakan. Bila aku minta duit, macam peminta sedekah. Kena bebel dulu. Baru bagi. Itupun setengah daripada apa yang aku minta. Baju baru? Baju dalam baru? Kasut baru? Dah lama aku tak bau barang baru.

Kulitt muka pon menggerutu sebab aku tak ingat bila terkakhir aku buat facial. Dulu masa bergaji aku selalu pergi spa dan facial. Suami aku kerja sendiri. Gaji ikut rezeki. Tak tetap. Tapi dia memang rajin cari duit. Bawak lori, tolong kawan niaga pasar malam, bazar. Tapi akibatnya keluar kerja sebelum matahari naik. Balik kerja bila dah tenggelam.

Bab jaga anak, dia boleh diharap. Tapi bab tolong buat kerja rumah, dia memang tak sentuh langsung. Semua aku buat sendiri. Tapi dia tak bising kalau baju berlonggok, rumah sepah. Cuma aku yang sakit mata. Jadi aku gagahkan diri buat. Malam-malam kalau suami dah balik, dia layan anak2. masa tu aku ambil untuk uruskan hal rumah. Kalau mertua dan ipar, mereka dinegeri lain.

Mereka tak campur sangat urusan kami sekeluarga. Tapi mereka keluarga besar. Suami ku ada 8 adik beradik. Ibu bapa aku dan men!nggal dunia masa aku ada anak 1. Sakit tua. Mula2 ayah, lepas tu ibu. Aku ada seorang adik laki, dia sekarang ambil master. Belum kahwin. Kami tak rapat. Biasa-biasa je. Aku tak pakai apa-apa penghalang kehamilan. Aku mahu. Tapi suami tak izinkan. Dia suka anak ramai. Meriah, katanya. Lagipun dia rajin layan anak.

Aku sungguh penat tapi aku bod0h, ikut kata suami memb4bii buta. Sampailah takdir, aku mengandung anak ke-7.. tepat anak ke enam ku 1tahun 2 bulan. Aku mengandung lagi. Aku nangis. Aku tak sanggup. Aku letih sangat. Aku baru 30-an tapi aku nampak macam nenek orang. Aku dah beruban. Aku rayu suamiku supaya bagi aku masa untuk diri aku tapi ayat dia ’mak saya dulu boleh je. Besar elok je saya adik beradik. Tak ade spa tak ade urut lah orang dulu2’.

Aku stress. Aku rindu kawan2 aku yang sekarang dah lost contact. Aku tak ade orang nak luah. Aku pernah juga luah aku penat kepada suami. Aku minta dia ingat janji2 dia masa aku berhenti kerja. Dia tuduh aku tak bersyukur. Tak bersyukur dia masih lagi setia, balik rumah setiap malam walaupun selepas penat seharian kerja. Dia kata aku tak reti berterimakasih sebab muka tak pernah senyum.

Aku sedih. Aku bagi tahu, aku penat. Senyum pun tak larat. Bukan aku tak bersyukur. Tapi tolong la. Aku penat. Dia diam je. Setiap kali lepas gaduh, dia akan diam. Takde penambah baikan. Naikkan sikit duit rumah pon dia tak buat. Dia tak bagi aku uruskan duit. Barang dapur, dia beli. Yuran tadika anak, dia bayar. Pampers, dia beli. Aku tak ada duit. Aku buat sedikit online bisnes, jadi agent doorship, hasil tu aku buat main kutu, dan simpan sikit2.

Aku mengandung anak ke7 Aku menangis melihat urine test yang aku curi-curi suruh jiran ahmoi aku beli Aku kira2 bila last period, maksudnya kau baru mengandung 5 minggu. Aku tiba-tiba jadi moody sangat. Dengan anak2 aku jadi garang sangat. Dengan suami aku dah pandai gaduh lempar barang. Aku tak bagitau aku mengandung. Aku tak bagitau sesiapa aku mengandung.

Hari2 aku lompat bintang naik turun tangga tak makan supaya badan aku lemah dan tak mampu mengandungkan anak ini. Aku jadi benci dengan semua orang. Termasuk diri aku. Aku pernah menangis pukul 2 pagi diluar rumah sambil pukul-pukul perut. Selepas 2 minggu. Aku tak tahan. Aku tengaok duit simpanan aku ada 3 ribu. Aku simpan diam2 hasil doorship, kutu. Dengan duit tu aku beli baju dalam baru, spender baru, aku jimat2.

Datu hari, aku tekad. Aku nak ggurkan kandungan ini. Aku ada jiran yang s0sial. Aku panggil dia ahmoi. Aku tahu sebab dia selalu bawa laki lain2 balik rumah. Dia je manusia yang berborak dengan aku ditaman ni. Wanita2 lain semua jenis membawang. Aku tak nak kisah hidup aku jadi bahan bawang mereka. Aku beranikan diri tanya dia pernah buang kandungan tak.

Dia tanya kenapa tanya soalan pelik. Aku terus terduduk di pena dia, nangis macam orang tak siuman. Aku meraung-raung cakap aku dah tak nak anak. Aku tak larat. Aku penat.. Suami aku tak faham. Tau nak anak banyak tapi semua aku yang buat. Dia pujuk aku. Dia bagi aku satu alamat. Dia kesian tengok aku menangis. Dia kata dia tolong.

Aku guna duit simpanan aku upah satu bibik harian untuk 2 hari. Kebetulan suami aku ada job bawa lori ke kelantan. Katanya tak balik 2-3 hari. Lepas tu aku dengan ahmoi pergi klinik tu. Aku berdebar, tapi aku tekad. Doktor tu scan, ada janin berusia 7minggu, dia pon bagitau prosedur (aku tak nak cerita details) apa dia akan buat. Dan berapa harga. Harga tu aku mampu bayar jadi aku setuju je.

Cukuplah korang tau aku menangis teruk sambil minta maaf. Aku cakap aku tak mampu. Ayah dia tak menolong. Aku penat, aku stress. Semua selesai. Suami aku balik, aku cakap aku period pain. Aku upah bibik lagi 2 hari. Bibik tu aku pakat dengan dia tipu suami aku cakap tu bibik jiran, dia balik kampung tak bawa bibik. Bagi pinjam 2 hari. Suami aku diam je. Tapi dia tak selesa ada bibik kat rumah.

Dia keluar dengan kawan pergi memancing (ni sebab dia tak nak upahkan aku bibik. Dia tak selesa ada orang asing dalam rumah). Seminggu lepas procedur tu, doktor ada suruh datang untuk check betul ke dah tak ade. Aku angkut semua anak2 dan ahmoi ke klinik. Anak2 aku bising dalam klinik, ahmoi tolong jaga sementara aku check dengan doktor.

Doktor kata dah tak ade. Aku nangis lagi. Dia kata dia faham. Bukan kali pertama ada wanita datang kata tak ready pregnant sebab anak kecik, suami tak menolong, atau tak mampu. Aku diam je. Dia suruh aku pakai alat pencegah kehamilan. Aku kira-kira duit aku ada lagi. Aku setuju. Aku pakai alat. Doktor kata tahan 5 tahun.

Hal ni 3 tahun lepas. Sekarang anak2 aku dah besar sikit. Aku pon boleh simpan duit senyap2. aku dah boleh berniaga online. Pendapatan ada. Tak harap suami lagi. Dia tau aku berniaga, lagi lah dia jadi kedekut. Aku dengan suami dingin. Aku bosan dengan dia. Hubungan kami atas katil je. Aku tak risau lagi sebab dah pakai alat.

Dia tak berubah langsung. Masih ditampuk lama. Aku sampai sekarang sedih dengan apa aku buat. Rasa dosa. Tapi kalau aku tak buat, aku yang meroyan. Aku hari2 minta ampun. Semoga Allah ampunkan aku. Aku sayang anak2 yang aku ada. Biarlah ayah mereka macam tu. Aku nak didik mereka supaya tak jadi macam ayah mereka.

Akhir kata, anak ramai bukan ukuran kelakian atau kesuburan. Tapi tanggungjawab. Tanggungjawab bukan hanya bagi sp3rma. Tapi membesarkan, didik, nafkah. Isteri pon manusia. Kami bukan kilang anak. Lepas tu harap semua kami buat. Aku kdg2 rasa benci dgn suami. Tapi aku sabarkan diri dengan alasan sekurang-kurangnya dia tak pu kul aku dan anak2.tahan je la selagi nyawa dikandung badan.Harap kalian dapat doakan dosa aku diampunkan. Suami aku berubah. Anak2 aku membesar jadi manusia bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *