aku hilang hormat dengannya kerana dia sendiri tidak melayanku selayaknya seorang isteri

Assalammualaikum AJARKAN AKU IKHLAS, REDHA DAN BERSYUKUR.. Untuk makluman semua usia perkahwinan kami mnjangkau 8 tahun dan sekarang aku mengandung anak ke3.. aku wanita berkerjaya dan suami pun sama kira dia menjawat jawatan yang agak boleh dbanggakan di mata masyarakat.

Perkahwinan kami biasa2 sahaja.. suami bperwatakan agak kasar (tapi tak pernah lagi smpai naik tangan), lelaki yang banyak komitmen dari segi kewangan dan tidak romantik.. Dari segi kewangan, ya aku bukan jenis yang berkira. kira belanja rumah aku beli termasuk lah bayar semua komitmen diri sendri tmsuk kereta, barang peribadi..suami selalu cuma bayar pengasuh anak rm600, bayar kereta sendri dan komitmen hutang sendri.

Masalahnya di sini bukan lah mslh kewangan. untuk makluman aku boleh lagi myimpan duit setiap bulan di akaun sendri dan anak masing2. Aku jenis berjimat cermat dan tentunya lebih mgutamakan apa yang perlu tutama keperluan anak2. Biar barang sendri tak bertukar asal bargan2 kperluan anak ada. Namun kadang2 terasa aku terlalu banyak “GIVE” dari “TAKE” dlm perkahwinan kami..

Suami kadang2 dirasa terlalu BERKIRA. Berkira bukan saja dari segi kewangan, malah tenaga untuk membantu urusan rumah dan kasih sayang.. Untuk makluman semua kami mmiliki rumah yang dibeli atas join loan yang mana dipotong di atas gaji masing2 dan duit sewa tidak lah banyak sejumlah rm650 masuk ke akaun suami.

Jarang sekali aku merasa duit tersebut kerana duit tu di ambil oleh suami untuk membayar semua komitmen beliau.. dan suami pulak dari awal kawen sampai sekarang sentiasa ada masalah duit tak ckup.. aku tak pasti mungkin balasan tuhan sebab dia terlalu berkira.,Atau pun balasan tuhan di sebabkn hatiku yang belum cukup redha dengan apa yang dia beri.walhal klu ikut gaji dia bertambah tambah dan bertambh saban tahun

Dari segi kerajinan membantu di rumah bagi dia 5% sahaja yang mana semua kerja di rumah aku buat dari mengemas, masak shingga buang sampah walaupun sedang berbadan 2.. penat memang penat tapi rasa masih larat. bukan tak pernah minta tolong. tapi berbuih cakap pun rasa tak guna. tugas dia cuma menhantar ambil anak2 sahaja.

Dan untuk makluman , sepanjang aku mengandung aku menangis semua berpunca dari perkataan dan kata2 dia yang kasar. Kadang2 terasa suami seperti orang asing dan aku lebih mesra dengan kawan2 di pejabat.. hubungan kami kadang2 dingin dan layanannya juga membuat aku bertukar perwatakan melayannya dengan kasar juga.

Dan tidak salah kukatakan kadang2 ku rasa aku hilang hormat dengannya kerana dia sendiri tidak melayanku selayaknya seorang isteri.. Warga KRT klu boleh ajarkan aku untuk Redha dengan pasangan yang diberi Allah ini. ajarkan aku ikhlas dengan apa yang ku beri. dan ajarkan aku bersyukur kerana masih bekerja, ada duit sendri dan suami tak pernah curang. Aku cuma manusia biasa ada hati yan lemah

Dari pndgn luaran masyarakat aku sangat bahagia kerana tidak pernah membuka pekung di dada dan suami sendiri. hakikatnya rasa bahagia tu jauh sekali cuma mampu bertahan dengan anak2..
Untuk berundur dari perkahwinan ini memang mustahil. cuma pesanan untuk wanita bujang di luar d sana. Lelaki setakat dia bekerja, alim solat..belum tentu kamu akan bahagia apa yang penting pastikan diri sendri ada kerja dan pendapatan yan bagus dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *