Aku ingat lagi masa dia hamil empat bulan bini aku kena paksa uruskan mak aku kena angkat masa aku tak ada kerja

Salam min. Hide acc fb aku. Fake acc fb. Tq. Aku seorang suami. Dah kawin masuk tahun ke-3. Ada sorang anak perempuan. Aku keja biasa2 je. Bini aku pun kerja. Gaji dia lagi tinggi dari gaji aku. Masalah aku ialah dengan keluarga aku. Mak aku sakit terlantar. Aku ada ramai kakak dan sorang abang. Aku dan sorang kakak ni je yang keja dan duduk luar dari kampung. Adik beradk yang lain semua duduk sepulau di kampung tu.

Aku pun serabut dengan kelakuan masing2. Tak habis2 diorang cari salah bini aku. Kadang aku tengok benda tu bukan dari bini aku pun, tetap nampak salah tu kat bini aku. Aku ni tak la baik mana. Bini aku tu pun tak lah perfect tapi aku terharu tengok usaha dia untuk ambik hati semua. Bini aku ni yatim piatu, ada keluarga angkat yang jaga.

Tapi tu bukan bermakna aku tak perlu jenguk keluarga dia. Keluarga aku ni cukup tak suka kalau aku balik belah bini aku. Bagi dia orang hanya keluarga angkat, buat apa susahe nak balik sana. Dalam erti kata lain kena sentiasa utamakan dia orang. Aku tahu bini aku terasa dengan banyak benda tapi dia diam, dia pendam.

Aku tak pernah sekali pun dengar dari mulut dia perkataan yang buruk2 pasal keluarga aku, tapi cara dia orang cakap seolah2 bini aku ni yang kawal aku smua.
Acap kali dia orang cakap kami laki bini ni berkira dengan adik beradik. Tak tahu tang mana berkira. Dari sebelom kawin lagi bini aku rajin datang melawat dia orang bila hari cuti.

Apa yang diorg pesan suruh bini aku beli, bini aku tak penah ambik duit. Aku pun sama, tak penah berkira. Tambah dengan anak2 sedara. Aku lagi suka kongsi rezeki dengan dia orang. Tapi tetap nampak buruk. Bila dh nikah, bini aku la banyak cover yang mana aku tak cukup. Contoh belanja bulanan mak ayah aku, barang keperluan diorang.

Bukan setakat mak ayah tau siap pakej dengan dia orang anak beranak. Bukan sikit punya belanja. Tapi diorg tetap tak nampak. Bini aku banyak berkorban. Aku ingat lagi masa dia hamil 4 bulan bini aku kena paksa uruskan mak aku Kena angkat Masa aku tak ada kerja. Sampi turun darah sikit.

Alhamdulillah tak jadi apa. Boleh diorang cakap, ala bukan selalu pun suruh buat, sekali sekala. Yang aku marah sebab bini aku tengah mengandung! Apa korang tak penah mengandung ke? Bila bini aku cakap, dia tak larat mesti diorang cakap bini aku mengada. Sampai ke sekarang ni pun bini aku tak kekok untuk jaga mak aku. Siap tolong basuh berak lagi.

Itu aku tabik. Sebab ada akak aku yang tak pernah cuci berak mak sendiri.
Tapi disebabkan dia tu kaya masing2 tak berani bersuara kat depan, mengumpat kat belakang. Ada satu hal ni betul2 buat aku terasa hati. Ayah aku ni nampak sangat syang abang aku. Abang aku nak pakai duit tapi aku tak ada duit. Ayah aku boleh cakap tu bini dia la tu tak bagi. Dayus la bila laki kawal bini.

Kalau macam ni perangai kau, aku tak mengaku anak pun tak apa. Allahu, sampai macam tu skali. Demi Allah, aku memang tak ada duit, aku ada bagi tahu bini aku, dia cakap guna la duit dia dulu, tapi aku tak nak, sebab banyak dah aku susahkan dia. Ditambah perangai memasing yang suka cari pasal dengan dia.

Buat masa sekarang aku memang tak balik kampung lagi, tapi segala perbelanjaan mak ayah aku tetap bank in.

Sedihnya rasa pasal duit, sanggup ayah tak mengaku anak. Wahai warga KRT bagi la aku nasihat pendapat. Aku rasa down gila. Mana dengan malu dekat bini, sebab perangai adik beradik aku. Dengan perangai ayah aku lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *