Masa dapat tahu saya mengandung, saya sangat tak seronok,sebab saya penat

Assalamualaikum. Panggil saja saya Q. Saya isteri, telah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 2 kids under 4. Sedikit background saya dan suami, suami mempunyai ijazah Masters dan saya hanya mempunyai degree. Ya saya ingin kongsikan cerita masalah rumahtangga yang saya hadapi sekarang. Kenapa tak luahkan di KRT? Sebab saya mahukan pandangan dan solution yang constructive, bukan kecaman dari pakcik makcik bawang.

Saya dan suami berkenalan ketika belajar di universiti dan kami bernikah sejurus selepas habis belajar. Sebelum kelahiran anak kedua, hubungan saya dan suami ok je. Adalah gaduh sikit kadang tapi biasalah suami isteri. Semasa hanya mempunyai seorang anak, saya dah terbiasa uruskan anak seorang sbb saya dan suami pjj, dia belajar luar negeri dan saya tak ikut sebab saya tak mahu keseorangan, takde kawan takde family. Sementara beliau sibuk dgn urusan Masters beliau (beliau ambil Masters full time jadi tiada income), saya menumpang rumah mertua dan saya mengajar sambilan/hujung minggu untuk dapatkan sedikit wang saku utk keperluan saya dan anak pertama. Alhamdulillah, keluarga mertua baik dan saya rapat dgn ipar duai saya.

Masalah bermula apabila kami mula duduk sendiri. Kami hanya menyewa kerana masih mengumpul wang utk membeli rumah, menyewa pun rumah flat dgn sebuah bilik tidur. Saya gembira alhamdulillah kerana akhirnya saya dapat rumah sendiri walaupun hanya menyewa, kerana dkt dgn tempat kerja suami. Saya juga berhenti mengajar kerana dah tinggal jauh daripada famili saya dan mertua jadi saya hanya jaga anak di rumah dan uruskan apa yang patut. Mula2 memang sangat happy dpt jaga anak dan suami (niat nak jadi isteri ibu solehah suri rumahtangga hahaha) tetapi setelah duduk sendiri dengan suami yang malas tolong serba serbi, saya kini merasakan perit dan penat yang tak berkesudahan.

Setahun selepas duduk sendiri, saya disahkan mengandung lagi. Masa dapat tahu saya mengandung, saya sangat tak excited. Sebab saya penat. Anak pertama sangat clingy, selalu menangis. Saya masak, nangis. Saya pergi tandas utk ambil wudhu atau mandi, nangis. Saya nak makan pun kena duduk dgn dia, sebab kalau berjauhan seinci pun, dia mula menangis. Walaupun suami saya dirumah, beliau takkan dukung anak dan tenangkan sebab beliau kata anak takmahu pun dengan dia. Yelah macam mana anak taknak ayahnya, ayahnya malas nak layan anak. Sebelum ada yang kata “alah, anak satu pun penat? Saya anak duapuluh pun ok ja”, anak satu ni yang menangis meraung siang malam nak melekat dgn mak dan tak boleh merenggang seminit pun, ni yang buat saya mentally stressed dan terlalu penat.

Jadi waktu mengandung, saya seorang yang asyik marah2. Tetapi saya hanya lepaskan marah dan complain kpd suami je, saya seboleh2 cuba utk tak marah anak saya sebab dia masih kecil sangat. Apabila saya minta tolong kpd suami utk tengokkan anak kami, dia akan mula membebel dan kata dia penat kerja dsb, dan juga marah2 saya sambil ingatkan saya yg apabila anak kedua lahir jangan suruh dia buat apa2 kerja rumah. Mungkin saya perlu ingatkan disini yang suami saya seorang yang bijak belajar dan ini membuatkan beliau selalu bangga diri. Dalam cohort Masters beliau, hanya beliau seorang Melayu dan konon dia lah paling pandai dalam segalanya, apa dia cakap semuanya betul, dan saya memang tak boleh tegur dia sebab dia akan putar belit cerita hingga akhirnya nampak macam semua yang berlaku adalah salah saya. Bukan saya seorang tak boleh tegur, ahli keluarga dia pun semua takut nak tegur dia sebab terlalu sensitif dan sukar terima kenyataan.

Sekarang kami dah punya dua anak. Yang kecil baru setahun. Abangnya masih tetap clingy walaupun dah kurang merengek. Adiknya pula sejak pandai berjalan, habis setiap ceruk rumah dia nak explore. Rutin harian saya adalah bangun subuh, dan kemas rumah sebelum anak2 bangun. Selalunya anak2 saya akan cepat bangun bila saya keluar bilik sebab nak tengok mak dorang depan mata ja. Lepas bangun, mandikan dan beri breakfast. Semasa mereka breakfast tu lah saya akan mula masak untuk makan tengahari. Tapi nak masak pun tak pernah aman, sebab anak tumpahkan makanan atau bergaduh berebut mainan dan makanan atau mesti ada ja keributan yang berlaku. Selepas makan tengahari, siapkan duadua anak dan hantar yang pertama ke sekolah.

Sekolah hanya 4 jam sehari jadi saya tunggu anak habis baru balik ke rumah. Kami tiada kereta jadi hanya ambil grab atau naik tren utk pergi balik. Petang sampai rumah, sambung balik kerja rumah dan masak utk makan malam pula. Sebelum tidur, saya pastikan anak buat revision atau baca buku dan mereka hanya akan tidur selepas jam 10 malam. Selepas mereka tidur, kena layan suami pula. So far, it is tiring but it is doable. Kadang2 saya luahkan penat kpd suami tapi dia akan jawab “siapa suruh duduk rumah, pergilah kerja”. Saya tak ada pengasuh yang saya percaya utk jaga anak, dan kos utk dua anak juga boleh mencecah seribu ringgit. Jadi saya lebih rela jaga sendiri. Gaji suami pun hanya 3.5k sebulan.

Baru2 ini, suami ambil cuti jadi siang hari beliau ada di rumah. Saya lega sangat sebab ingatkan beliau ada bolehlah tengok2kan anak2 sementara saya masak. Tadi sementara saya siapkan lunch, anak2 buang air besar jadi saya suruh suami tukarkan Pampers mereka. Tapi saya seolah2 berbual dengan tembok jadi saya tinggalkan sekejap dapur dan tukarkan anak2 dan terus sambung masak semula. Kejadian tersebut membuatkan saya marah dan tertinggi suara kpd suami. Akhirnya, saya yang kena marah balik dan bila dia marah, macam2 yang keluar dari mulutnya termasuk kawan2 lelaki yang saya pernah kenal sebelum mengenalinya. Kawan ya, bukan boyfriends. Beliau tuduh semua keluarga saya tak sukakan suami saya dan parents saya sebenarnya nak kahwinkan saya dengan orang lain dan macam2 lagi tuduhan yang tak masuk akal tapi cara beliau menuduh macam2 kpd keluarga saya cukup membuatkan saya benci dan tawar hati.

Nak bagitau dia semua tu tak betul? Memang dia tahu tak betul tapi sengaja nak sakitkan hati saya. Adakah dia psycho? Entah tak tahu tapi yang penting kalau dia percaya apa yang dia cakap tu betul, betul lah dan takde siapa pun boleh convincekan dia yang dia salah. Dia tak pernah terima kalau orang cakap dia salah sebab pada dia dia selalu betul. Dia juga suka tuduh saya hanya kahwin dgnnya sebab saya hanya nak happy2 dengan dia, dengan duit dia. Adakah dia lupa selama dia belajar diluar negeri tu, saya tak terima apa2 wang drpdnya dan saya sendiri sara keperluan saya dan anak dengan duit yg saya dapat daripada mengajar. Tapi saya tak boleh cakap dgn dia sebab nanti jadi gaduh besar, dia tak terima kalau saya cakap mcmtu.

Maafkan saya kalau cerita saya tak teratur tetapi fikiran saya sangat berserabut. Pada saat ini saya hanya inginkan cerai kerana: dia tak pernah tolong saya uruskan anak2 jadi kalau cerai pun sama ja saya yang uruskan semua sendiri. saya tak tahan dengan situasi yang saya hadapi sekarang, seorang suami yang dia sorang ja betul orang lain semua salah.

saya beencii dituduh macam2. Saya penat hari2, jadi the last thing I need is somebody who isn’t capable of controlling what he says to hurt me and make me angry. I was raised by a single mother so mindset yang saya ada sekarang adalah, I can do anything independently. At least kalau saya ceraii, saya tak payah hadap suami yang lebih banyak sakiitkan hati saya dari membuat saya bahagia.I don’t think I have any more patience left for my husband. Keperluan rumah semuanya dia sediakan. Tapi saya tak tahan mulutnya yang takde insurance bila tengah marah.

I need help. Tapi saya tak tahu nak dapatkan bantuan untuk emotional burden saya. Saya tak ada seseorang utk luahkan rasa penat saya. Saya tak dapat ambil pembantu rumah kerana tak mampu dari segi wang dan tempat (tiada bilik kosong utk pembantu). Saya juga dah kehilangan selera makan utk beberapa bulan lepas. Saya tak pasti adakah saya depressed sebab saya selalu happy dgn anak2, tapi bila suami saya pulang rumah, terus saya tak look forward to having him at home. Everytime saya nampak dia, saya rasa penat berlipat ganda.

Atau kalau dari cerita ini, ada yang boleh bagitahu apa yang saya boleh baiki kekurangan diri sendiri atau what I can do to deal with my smarty pants husband. Saya appreciate any advice. Advice yang constructive, bukan kecaman ja. Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *