Ibu ini hairan anak ada kesan lecur,bila tengok cctv ini yang berlaku

SEORANG pengasuh ditahan selepas didakwa menyebabkan kesan lecur pada kanak-kanak asuhannya menggunakan iron kerinting rambut untuk mendisiplinkannya.

Pengasuh yang dikenali sebagai Nosipho Nxumalo dirakam kamera yang dipasang di dalam kediaman itu dilihat mengacukan objek panas itu terhadap Xander Persaud berusia dua tahun.

Ibu kepada Persaud iaitu Angela Persaud dari Long Island, New York, Amerika Syarikat berkata dia menyedari kesan lecur di bahagian kaki dan jari anaknya ketika hendak memandikannya, lapor WABC.

Tambah Angela lagi, dia menonton rakaman kamera itu menerusi Nanny Cam dan mendapati pengasuh berusia 21 tahun itu mengacukan objek tersebut pada kulit anaknya.

“Anda saksikan sendiri dia menyentuh objek tersebut untuk memastikannya panas sebelum mengacukan objek itu kepada Xander.

“Dan apabila Xander melompat akibat kesan panas objek itu, dia masih meneruskan perbuatan itu di bahagian kaki dan tangan Xander,” jelasnya.
Setelah menyaksikan vide0 tersebut, Angela terus menghubungi pihak polis.

Nxumalo yang berasal dari Harlem kemudiannya ditahan dan mengaku dia kecewa dengan Xander dan cuba untuk mendisiplinkannya, lapor pihak berkuasa.

“Ia merupakan minggu yang panjang dan saya sangat letih. Kanak-kanak itu tidak mendengar kata jadi saya cuba mendisiplinkannya dengan mengacukan objek panas tersebut padanya,” jelas Nxumalo pada pihak berkuasa.

Suspek yang baru sahaja beberapa minggu bekerja dengan keluarga itu dikenakan dua pertuduhan iaitu memiliki senjata jenayah dan membahayakan kebajikan kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *