Auto Draft

5 tahun selepas ts unami ,lelaki nekad mencari jasad anak sendiri

Meskipun sudah lima tahun Fukushima dilanda tsuunami yang dahsyat, namun masih ada ibu bapa yang mencari anak mereka di sebalik runtuhan bangunan dan lumpur, lapor Daily Mail.

Norio Kimura, kehilangan ayahnya, isteri dan Yuna, anak perempuannya berusia tujuh tahun apabila ombak tsuunami melanda bandar tersebut.

Mayat isteri dan ayahnya ditemui tidak beberapa lama kemudian, tetapi jasad Yuna masih belum ditemui sehingga hari ini. Namun, Noria enggan berputus asa dan meneruskan pencariannya.

Auto Draft

Di tempat seperti inilah Norio dan beberapa sukarelawan yang lain mencari jasad anaknya, Yuna, 7.

Lelaki berusia 50 tahun itu dengan berani meredah kawasan radiasi menyelongkar di sebalik timbunan kayu hanyut, blok konkrit, tiang elektirk, paip besi dan pakaian orang maati.

“Pada mulanya saya telah mencari Yuna bersendirian, namun selepas dua tahun kemudian ada sukarelawan yang datang membantu saya,” katanya kepada dokumentari ABC yang disiarkan pada malam Isnin.

Bagaimanapun, Norio dan beberapa sukarelawan yang lain hanya dibenarkan menghabiskan masa selama 5 jam, 30 kali setahun di kawasan berkenaan untuk mencari keluarga mereka yang hilang bagi mengelakkan terkena radiasi.

Auto Draft

Setakat hanya, Norio hanya menemui pakaian seragam sekolah Yuna

Auto Draft

Barang-barang milik keluarganya yang ditemui, dikumpulkan di satu tempat

Auto Draft

Kasut yang dipakai oleh Yuna ketika kejadian Tsuunami 2011

Setakat ini, Norio hanya menemui pakaian seragam sekolah Yuna dan penemuan itu membuatkan Norio semakin nekad untuk mencari anak perempuannya itu.

“Tidak pasti sama ada Yuna berada di sini atau tak, tetapi penemuan seragam sekolahnya membuktikan bahawa dia berada di sini. Perasaan itu membuatkan saya lega dan gembira,” katanya.

Beberapa pasangan lain yang turut kehilangan anak mereka dibadai tsuunami mengambil langkah yang sama untuk mencari mereka selepas pihak berkuasa menghentikan usaha mencari dan menyelamat anak-anak mereka.

Auto Draft

Tapak perkuburan keluarganya. Norio berharap dia dapat menempatkan jasad anak perempuannya di situ kelak

Anak perempuan Naomi Hiratsuka, Koharu, 12, ditemui maati bersama 73 rakan kelasnya dan 10 gurunya apabila Sekolah Rendah Okawa dilanda tsuunami.

“Saya faham mereka telah maati tetapi saya tidak boleh meninggalkan mayatnya di bawah runtuhan, dalam lumpur, di sungai atau di dalam air,” katanya pada tahun 2011.

Auto Draft

Gambar ahli keluarga Norio sebelum kejadian tsuunami 2011

Lima bulan selepas bencana tsuunami itu, mayat Koharu ditemui terapung di teluk berhampiran dan Hiratsuka dan suaminya membakar dan mengebumikan anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *