“Da rah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

“Da rah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

“TAHNIAH! Encik dan isteri mendapat seorang bayi perempuan yang sangat comel. Keputusan dar ah thyroid dan G6PD normal. Kumpulan da rah bayi ialah O positif.”kata doktor pakar perbidanan kepada Encik N dan Puan H.
Kegembiraan menimang cahaya mata sulung serta-merta pudar pada wajah Encik N.

“Da rah aku jenis B, dar ah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh dar ah O pulak?”

Seorang pakar biologi, Karl Landsteiner telah menemui Kumpulan da rah ABO dalam tahun 1900. Hasil penemuan ini telah melayakkan beliau menerima hadiah nobel pada tahun 1930.

Kumpulan da rah ditentukan oleh faktor genetik melalui 3 jenis gen : A,B,O.
Setiap individu normal akan mempunyai dua salinan daripada setiap gen, satu daripada ibu, satu daripada bapa. Oleh itu, dalam menentukan jenis kumpulan dar ah, terdapat kebarangkalian untuk mempunyai 6 jenis kombinasi gen yang berbeza : AA, AB, AO, BB, BO dan OO.
(GEN : English=gene. Gen di sini dikaitkan dengan GENETIK. Bukan GENERASI.)

Antara ketiga-tiga gen A, B dan O, gen O adalah ‘recessive’ (tidak dominan). Ini bermaksud kombinasi gen AO akan menghasilkan kumpulan dar ah A, kombinasi BO akan menghasilkan kumpulan dar ah B. Dar ah jenis O hanya akan terhasil daripada kombinasi OO.

Setelah kita faham tentang gen yang dominan pada setiap individu (ayah ATAU ibu), sekarang kita cuba fahami pula tentang kombinasi ini daripada dua individu (ayah DAN ibu).

Katakan:
Darah ibu ialah jenis A dengan kombinasi AO.
Darah bapa ialah jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AO, AB, BO, OO.
(Gen dari ibu di sebelah kiri, gen dari ayah di sebelah kanan)
Dengan memahami bahawa gen A dan B lebih dominan daripada gen O, maka kombinasi yang berbeza akan menghasilkan kumpulan darah yang berbeza :
AO = Darah jenis A.
AB = Darah jenis AB (A dan B sama-sama dominan).
BO = Darah jenis B.
OO = Darah jenis O.
Ini bermaksud, anak-anak Encik N dan Puan H boleh mempunyai salah satu daripada jenis kumpulan darah di atas.

Situasi ke-2 dan ke-3 di bawah masih menunjukkan ibu mempunyai darah A dan bapa darah B.
Tetapi dengan kombinasi gen yang berbeza.

Situasi kedua :
Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BB.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AB, AB.
Maka, bayi akan mempunyai kumpulan darah AB sahaja.

Situasi ketiga:
Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AO, AO
Maka, bayi boleh mempunyai kumpulan darah AB atau A sahaja.

“Da rah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

Ini adalah jenis kombinasi genetik yang mungkin terhasil. Seseorang itu masih mempunyai kebarangkalian utk mendapat anak berdarah O. Walaupun ibu bapanya mempunyai darah A dan B

Kesimpulannya :
Isteri Encik N tidak curang .
Bayi mereka mempunyai kombinasi gen OO.

Jangan pening ya … ABO, ABC, DEF, GHI……

Sumber : Root of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *