Ramai tak tahu alasan yang digunakan perlu tegakkan seat semasa pesawat mendarat

Sebelum berlepas dan mendarat krew kabin akan pastikan segalanya berada dalam keadaan yang baik kerana ini adalah waktu yang paling berbahaya berbanding apabila sudah berada di ketinggian tertentu. Sebab itu masa ni, kena pakai tali pinggang dan duduk dalam keadaan seat yang tegak.

Tapi kenapa kena tegakkan seat?Salah satu sebab ialah kerusi itu mempunyai mekanisme mengunci di dalamnya. Satu-satunya masa yang ia akan diaktifkan adalah apabila ia dalam kedudukan tegak. Hal ini berlaku di tempat dan kedudukan yang paling selamat bagi kerusi itu.

Sebab lainnya ialah ia memberi ruang yang selesa dan selamat kepada penumpang dibelakang kita jika berlaku sebarang kecemasan. Kita juga disuruh untuk tundukkan kepala pada seat di hadapan kita jika berlaku kecemasan, kan dah susah kalau seat tu dalam keadaan rebah dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *